Pada 27hb Januari 2013 yang lalu.. ada cuti umum iaitu Cuti Thaipusam. So ayah dorang kira cuti panjang 3 hari. Pikir-pikir mana nak bawa anak-anak pergi jenjalan. Akhir nyer kami ber-riang ria di Genting Highland. Ikutkan aku nak sangat bermalam kat sana. Tapi semua hotel full book. Lupakan jer la niat dihati.
Bila bincang-bincang ngan en abang minggu depan jer la bawa anak-anak jenjalan ker Melaka. Bila cakap dengan Iqbal ngan Sara nak pergi Genting Highland. Hapi sesangat la dorang.. nanti dapat main game. Last aku singgah di Genting Highland masa tu tahun lepas Uqail baru 7 bulan. Kali ni dapat la aku ambik gambar untuk kenangan di Genting Outdoor Theme Park. Cuaca alhamdulilah.. masa tu hujan renyai-renyai tapi sekejab jer. So boleh la ber-riang ria main game kat situ.
Dalam pukul 11 pagi kami bertolak dari rumah. Singgah makan Sup Tulang Mavelos di Janda Baik dulu. Bila perut memasing kenyang nak jenjalan pon senang hati. Jom layan gambar kami anak beranak di Genting Highland. Seronokkk..
Tengah beratur kat Main Entrance Outdoor Theme Park nak beli tiket masuk. Ambik yang Family Package 4 orang RM167 kalau tak silap. Alololo… apa yang uqail senyum tu.. comei nyer anak ibu ni.
Gaya anak bujangku bila dah masuk ker Outdoor Theme Park. Melilau mata uqail tengok games yang ada kat situ. Tak tentu arah di buatnya.
Naik Double Deck Carousel.
Yehaaa.. naik kuda bergerak.. suker uqail.
Sara nak sangat nak naik Spinner yang kat sebelah Double Deck Carousel. Tutup plak aritu.
Ayah dukung sara.. dah besar dah tak larat ayah nak dukung.. hehehe.
Lepak sat kat kerusi penat melayan uqail yang tak boleh duduk diam.
Masa ni dah mula berkabus. Hujan renyai dah berhenti.
Laju jer uqail jalan. Tarik ibu ayah pergi sana pergi sini.
Bergambar dengan en abang.
Sejuk masa ni.. berkabus.
Dekat Pirate’s Train.
Tengah beratur.. nasib sekejab jer beratur.
Uqail pon sama naik Pirate’s Train. Macam bodoh jer game ni. Sekali jalan jer. Tak takut langsung.
Uqail kelaparan.. makan cekedis.
Bergambar di London Bus.
Gila la si Sara nak naik Flying Coaster.. terbang cam superman. Seboleh-boleh ajak aku naik. Nasib la masa nak naik hujan turun renyai-renyai. Penat melayan.. kalau tak kecut perut aku.
Naik kete antik. Uqail excited main stering kete tu.
Ayah dengan Uqail.. London Bus.
uwekkk.. suker sangat menjelir lidah.. comei.
Uqail bergambar dengan abang.. sama raut wajah anak-anak bujangku.
Baru lepas perkena mee maggie dengan coffee panas.
Aku dengan anak-anak..
Kalau kat outdoor aku suker kat kawasan situ cantik.
Uqail dah kesejukan.. tukar baju. Kalau tak.. tak mahu pakai baju panas yang dia pakai tu.
Sekejab jer uqail dah besar. Kali ke-2 uqail datang ke Genting Highland.
Naik Flying Jumbo. Masa ni aku pon nak naik sekali tapi tak boleh naik bertiga. Dah penuh terpaksa aku turun balik. Aku tak kisah pon..
Gajah terbang uqail suker sangat kata ayah dorang.
Lepaking kejab.
Aku ajak sara naik Corkscrew tapi dia tak nak plak. Lagi pun ramai sungguh orang beratur. Masa ni pon dah nak tutup. Kami datang hari ahad tutup pukul 6 petang. Kalau datang hari sabtu best sikit sampai malam games baru tutup.
Lepaskan uqail jalan sorang-sorang.
Gambar kiri tu game space shot sara beriya-iya nak naik.. huhhh ni lagi gerun. Dia boleh nak naik game nak bunuh diri. Ajak aku plak tu. Nasib la ketinggian sara tak lepas.. lega.
Cantik sungguh permandangan dari atas ni.
Kabus masa ni dah mula hilang.. gambar pun jadi cantik.. terang.
Uqail dengan ayah.
Gambar kanan gambar sefamily.
Iqbal dengan Sara tak puas main games kat Outdoor Theme Park Genting. Tak pe len kali ibu buat perancangan awal kita bermalam kat sana yer. Lepas jer puas jenjalan di outdoor kami masuk kat First World Indoor Theme Park. Hari pon dah nak malam anak-anak tak main pon game kat dalam tu. Punya la ramai orang. Nak beratur main games pun dah tentu-tentu tunggu lama. Baik tak payah. Jom la kita balik.
notajariku – nasib malam tu ada bungkus sup tulang Janda Baik siang tu. Panaskan sup makan la kami anak-beranak. memasing kelaparan.