Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Mak Buat Mata Baru ~

$
0
0

20150319_142414

Lama juga mak nak buat mata sebelah kiri. Dah tak nampak. sangat.. bila pandang jauh nampak kabur jer. Apatah lagi nak mengaji atau nak bertadarus kat surau. Tahum lepas bulan 6 mata belah kanan dah buat dah. Doktor masukkan kanta baru dan buang selaput mata mak. Kesian mak bila aku datang jemput masa ni. Mak memang kuat semangat.. nak sangat buat mata tu kerana susah nak mengaji dan membaca.

20150319_13151720150319_131827

Tempat yang sama juga mak buat.. senang tak payah tunggu lama. Telepon jer esok Doktor dah bagi tarikh buat pembedahan mata mak. Hospital Mata National Tun Hussien Onn mak buat mata.. walaupon harga mahal kena RM3,500 tapi service sangat tiptop.. ye la hospital bayarkan.. biasa la.

20150319_132232

Masa aku sampai mak baru lepas habis buat pembedahan mata. Masih tido lagi di kerusi. Jururawat terangkan bagaimana nak jaga mata mak selepas pembedahan mata. Tak la banyak sangat berpantang.. tapi kena jaga-jaga juga. Tak boleh masak dan yang penting jangan gosok mata dan jangan jatuh.. tu yang kena hati-hati.

20150319_133524

Doktor bekalkan ubat-ubatan untuk mak.. esok kena datang balik jumpa doktor.

20150319_135406

Ajak mak makan di cafeteria di Hospital. Sara dengan uqail pon aku bawa sekali.

20150319_141530

Di bawah hospital ada kedai cermin mata. Mak nak tengok cermin mata hitam. Nak pakai selepas buat pembedahan mata. Mak cuba pakai.. takpe mak.. ambik la kak lang belikan. Untuk mak pakai nanti tak la sakit mata tu.. nanti silau kena cahaya matahari.

20150319_141838

Muker mak nampak happy sangat selepas buat pembedahan mata. Mana tak nyer selalu bising kata mata tak nampak. Teringat dulu masa aku pergi ke Bandung Indonesia masa di Coffee House tengah nak memilih makanan. Aku sebelah mak jer.. mak ingat aku ni pekerja di situ.. siap kata “anak ni masakkan apa yer”. Aku kata mak ni kak lang la.. hihi mak dah tak nampak rupanya aku ni anak mak. Sedih sangat bila fikirkan ibu yang kandung kita 9 bulan dah tak nampak matanya.

Baru-baru ni mak pergi Masjid ada ceramah agama ustaz imam muda. Masa mak nak pergi tandas sorang-sorang mak jatuh telentang. Tak tahu mak kata tiba-tiba jatuh walaupon tangan mak pegang pintu tandas. Terkopak juga la pintu tandas tu. Bila mak balik rumah kepala mak benjol sebesar bola goft. Nasib la makcik salmah rumah sebelah ada dia la tuam kan. Pukul 2 pagi pon tak boleh tido.. bila mak dah tak tahan kepala dah sakit terus adik lelaki aku bawa pergi hospital bayar 24jam. Doktor kata darah tinggi mak naik sampai 200 lebih. Suruh pergi hospital cepat2. Di hospital mak nak kena tahan wad.. tapi mak tak nak. Doktor bagi ubat paling kuat. Suruh baring dalam satu jam. Baru darah mak turun 130 lebih. Pastu terus mak balik rumah jer. Selepas 4 hari kak ngah aku perasaan belakang telinga mak lebam.. rasa urat leher mak bengak gara2 jatuh masa tu agaknya.. kesian mak.

Ya Allah.. Syukur sangat mak tak apa-apa. Kalau la terjadi.. macam2 berligar di fikiran aku kemugkinan akan terjadi bila darah tinggi mak naik sampai macam tu sekali.

*Sedihh sangat.. kak lang sayang mak sangat!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197