Seronok sangat bila dapat berjumpa kawan lama. Entah berapa tahun agaknya tak jumpa kawan aku ni ijah aku pon tak ingat. Kawan masa aku anak dara dulu.. kerja di Hotel NPC sekarang dikenali Hotel Singgahsana. Tapi baru-baru ni dak tutup. Suami member aku ni pon sama kerja dengan kita orang kat sana gak. So kenal dah lama kami semua.
So bila dah jumpa banyak cerita nak di borakkan. Ijah ni kahwin muda anak pon dah besar-besar 5 orang. Paling besar umur 19 tahun.. terperanjat aku tengok anak-anak ijah dah besar sama macam ibu dorang. Macam kakak dengan adik plak bila tengok. Yang sebelah tu kawan suami ijah datang beraya masa tu. Lama gak la aku kat situ tak sedar malam makin lewat. Terima kasih la buat juadah Beehoon Sup buat aku sekeluarga.
Ni plak member aku Norfadilah.. kawan semasa kecil. Tinggal di Saujana Impian Kajang. Memang dah rancang nak datang.. lama sungguh aku sekeluarga tak datang situ. Kali terakhir iqbal sara masih kecil lagi. So bila dapat jumpa kawan lama.. seronok sangat. Banyak benda nak di borakkan.. album lama semua nor keluarkan. Sungguh nostalgia bila teringat balik memori lama dulu-dulu. Tengok uqail meragam sebenar masa ni.. nak ajak balik. Banyak peel sekarang uqail.. sabar jer la.
Banyak juadah nor sediakan.. laksa, ketupat palas, nasi impit, rendang paru dan pencuci mulut puding jagung. Sangat-sangat sedap bila dapat makan.. terima kasih yer nor.
Berselera kami makan.. Alhamdulilah.
Bergambar dulu sebelum balik.. buat kenangan di AidilFitri kali ni. InshaAllah tahun depan datang lagi. Lepas jer balik dari rumah nor kami ingat nak gerak ke rumah terbuka member aku jugak. Tapi dari kajang nak ke selayang punyer la jalan jem teruk. At last kami tak jadi pergi.. singgah jenjalan di Mid Valley.
notajariku – tahun ni sakan kami berjalan beraya.. seronok jumpa kawan lama.
