

Tibanya bulan Julai maknanya tiba jua tarikh lahirku pada 1 Julai. Bila umur dah berganjak ke 4 series ni kena la beringat tahap ini sudah pun pertengahan perjalanan hidup. Sungguh cepat masa berlalu.. Ramadhan hari ke-2 pada 1 Julai en abang ajak berbuka puasa di Cititel Hotel Mid Valley sempena ulangtahun kelahiranku dan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13.

Anak-anak dah siap datang dari rumah nenek di Bangsar. Tengah menunggu di lobby hotel ayah dorang balik dari kerja.

Ramadhan Buffet Dinner baru hari pertama bermula. So memang la tak ramai yang datang berbuka di situ. Sangat selesa kami makan.

Penuh meja kami dengan juadah berbuka.. tengok pinggan sara cuma makan nasi dengan sup ekor jer. Rugi la sara oi makan dekat hotel sikit-sikit jer.

Si kenit uqail macam-macam karenah. Nak makan la, nak duduk, nak berdiri la.. tambahan sekarang ni dah pandai nak bertutur… membebel jer mulut dia. Penat nak melayan.

Uqail sibuk nak campurkan bubur lambuk dalam bekas ais krim yang dia makan tu.. uqail.. uqail.

Tengah menunggu waktu azan maghrib berbuka puasa.

Wahhh.. penuh meja macam-macam nak dimakan. Jangan membazir sudah yer anak-anakku. Makan mana yang perlu sajer. Itu la yang selalu en abang katakan.

Alhamdulillah.. rezeki kami pada hari tu.. seronok tengok anak-anak berselera makan. Hari pertama berpuasa dan bersekolah kata iqbal sara tak rasa lapar cuma rasa dahaga jer. InshaaAllah.. iqbal dan sara akan berpuasa penuh macam tahun-tahun lalu.

Menu macam-macam ada sedap-sedap belaka. Yang paling aku nampak menu ketam bercili tu. Pari bakar dengan air asam, sup ekor, kambing, satay, mee kari, nasi kerabu, pencuci mulut dan berbagai-bagai. Makanan sangat banyak tapi orang tak ramai yang datang.

1 Julai 2001 - 13 tahun yang lalu kami telah diijabkabulkan, termetrai sudah hubungan yang di bina selama hampir 9 tahun. Kini ikatan suami isteri terjalin dikurniakan 3 orang cahaya mata. “Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-13 tahun.. Semoga perkahwinan kita kekal abadi hingga ke syurga yer abang.. inshaaAllah..!
Terima kasih menjadi suami dan ayah yang baik dan salam sayang dari isterimu.. muaahhh3x.. ![Red lips]()
![Red lips]()


