Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Berbuka Puasa Di Restoran JM Bariani ~

$
0
0

IMG_5909

Entry pertama citer tentang bulan Ramadhan.. Masa ni kami sekeluarga berbuka puasa di JM Bariani IOI Boulevard Puchong semasa Ramadhan ke 8. Seminggu asyik berbuka kat rumah jer.. nak la jugak seminggu sekali makan kat luar. So aku ngan anak2 teringin nak makan Nasi Bariani kat JM ni.

IMG_5910

Awal2 aku dah buat panggilan tempahan meja tuk kami sekeluarga. Makanan pon siap order sekali senang.. sampai sana tak yah nak ambik order lagi terus jer dorang hidangkan makanan kami. Hari sabtu tu ada menu special iaitu Nasi Bariani Gum Kambing. Aku. sara ngan en abg makan nasi bariani gum kambing dan iqbal makan nasi bariani ayam masak merah. Alhamdulilah selera sungguh kami semua makan.

IMG_5914

Penuh satu meja..  memasing anak2ku dah kekenyangan.

IMG_5922IMG_5921

Si kecik uqail sib baik mood baik aritu. Bagi layan citer upin ipin kat iPad terus duduk diam jer. Senang ibu ayah makan.

IMG_5928

Kakak sara tengah melayan adik uqail jalan2.. penat dah duduk kat kerusi.

IMG_5917

Kalau datang JM Bariani harus order karemal skali.. sedap.

IMG_5923

Ni Kek Ais Krim Coklat Chip.

IMG_5911

Ni la Nasi Bariani Gum Kambing yang lain dari Nasi Bariani Kambing biasa. Kalau yang ni ada telur rebus ngan sambal. Aku rasa kurang sedap sikit kat tekak aku. So lepas jer kami berbuka puasa kat situ terus kami balik rumah. Nak kuar KL pon takut jalan jem. Lepak2 kat rumah lagi best.

notajariku – en abg sibuk nak makan kat hotel.. aku rasa kalau makan kat sini lagi sedap. Kalau kat hotel entah tentu tak leh makan banyak2.. membazir jer. tapi kalau en abg nak belanja apa salah nyer.. hihihi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197