Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Temankan Ayahku Pergi Ke Klinik ~

$
0
0

20140520_151718

Aritu selepas cerita pasal ayah aku nak pengsan dan pitam kat surau. Seminggu lepas tu dada ayah susah nak bernafas plak. Dua malam jugak kejadian tu berlaku. Yang heran dalam pukul 3 ke 4 pagi kena. Sampai tak boleh tidur la dibuatnya. Bila aku dengar mula la aku risau.. Datang rumah mak terus aku ajak ayah ke Klinik Kesihatan Tanglin. Kat kelinik Kesihatan Tanglin ayah selalu datang buat medical check-up. So semua rekod perubatan ayah semua ada kat sini.

20140520_152220

Tunggu giliran.. datang waktu sebelah petang. Ramai jugak orang tapi aku sabar menunggu demi ayahku tersayang. Bila tengok tangan ayah dah berkedut.. rasa sedih sangat. Tangan tu la yang mencari rezeki untuk kami sekeluarga dulu.

20140520_15345620140520_153525

Giliran ayah nak jumpa doktor..

20140520_154639

Jumpa jururawat dulu.. ambik darah untuk kencing manis dan tekanan darah tinggi.. semua ok. Alhamdulillah.

20140520_165046

Doktor pula kata.. dada ayah semua dalam keadaan baik. Nak buat medical check-up sepenuhnya dah petang. Doktor kata kalau terjadi kejadian sesak nafas cepat-cepat bawa ayah ke Hospital Besar bahagian kecemasan. Jangan di tunggu. Tu la ayah aku ni kalau sakit memang tak mahu susahkan anak-anak. Keesokkan hari baru la ayah cerita kat kami. macam mana la nak bawa ke Hospital.. ayah.. ayah.

20140520_170408

Di sebabkan waktu dan tarikh jumpa doktor lambat lagi. Dan ubat darah tinggi dan kencing manis banyak lagi. Doktor cuma bagi ubat vitamin jer untuk ayah.

20140520_152044

Masa ni nampak muka ayah sedikit ceria. Lepas ni semoga ayah cepat sembuh yer. Tak mahu makan ubat lambat-lambat. Jaga pemakanan.. risau sangat aku pada hari tu. Umur ayah aku pon sekarang dah berganjak ke 73 tahun pada 12 Julai ni nanti. Semoga ayah dipanjangkan umur dan sihat sentiasa. Kak lang dan adik beradik yang lain sangat sayang kat ayah.. Selamat hari bapa yer ayah.

Baju kuning tu anak buah aku temankan jugak. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197