Cermin almari solek dah siap di pasang. Cantik sangat ada lampu skali (dekat warna putih tu) bila waktu malam. Ni la almari solek Reflection 6 Drawer Dressing Table & Dressing Mirror harga dengan harga RM250 aku beli aritu. Nak tengok kat sini link “Seronok betul dapat beli perabot murah”.
Ni plak almari TV Contour 3 door 2 Drawer Wall Entertainment Unit harga RM250. Taruk kat ruang tamu bawang. Cadang memang nak taruk kat tingkat atas. Tapi berat sangat dan tangga rumah pon tak lepas nak bawa naik atas. So terpaksa la letak di bawa jer. TV pulak cumer 37 inci jer bole letak.. kesian en abang tak dapat la nak beli TV 50 inci idaman hati.
Almari solek tu plak aku sengaja letak kat bawah. Coz kat bilik aku dah ada almari kahwin dulu. Tapi tak pe la kan janji cantik coz ada cermin berlampu tu.
Ni almari sisi katil kakak aku beli White Bedside Table harga RM80. Nak taruk kat dalam bilik anak bujang dia. Tak berkemas la aku tengok bilik anak dia.. bersepah. Setiap barang ada 1 jenis.. tak sempat aku nak beli kakak aku dah rembat dulu. Kalau tak boleh taruk kat bilik sara.. cantik gakkan.
Campaign Bar Stool (Fabric Seat) harga RM80 ni plak kakak aku jugak beli. Katanya senang nak duduk semasa tengah masak.. maklum la dah tua kaki cepat lenguh. Sayang aku tak beli masa beli aritu sekali sarung kerusi tu kulit. Tiap-tiap tahun memang ada offer kat kawan terdekat jer.. beruntung sangat aku dengan kakak aku dapat beli. Memang bebaloi-baloi.