Lama sungguh aku tak buat craft felt ni.. so bila anak pompuan aku sara kata hari ulangtahun kelahiran kawan2nya kat sekolah nak tiba terus mood nak buat felt ni bermula. Keluarkan kotak berisikan barang2 felt. Hasil nyer adalah di atas.. so cute, bentuk LOVE. Buat kecik2 jer senang cepat habis buat. Sara pon suker cantik ibu buat kata nyer. Yang birthday sorang.. selebih nyer nak kasi kawan2 yang lain. Suker hati la sara oii.
Ni plak aku sajer2 buat code design felt.. Nama2 org tersayang aku.. en abg ‘ikram’ ank pompuan ‘aliah’ dan ank lelaki ‘iqbal’. Iqbal ngan sara suker semua gantung kat beg sekolah memasing.
Suker kengkawan sara siap bungkus siap2 dalam plastik.
Gambar kanan.. rabbit felt.
Bila dah mula ber’felt’. Apa lagi aku buat bentuk LOVE.. tapi kali ni besar sikit.
Fidaus untuk anak buah aku. sempena birthday pada 11 March aritu. Dan fakhrul tuk kawan baik iqbal. Sempena persahabatan mereka.. fakhrul ni budak baru dlm kelas iqbal.
Bila dah siap felt2 kat atas ni. Tersimpan lagi dalam kotak elok2. Bila la plak nak buat lagi. Aku memang minat buat benda2 craft ni tapi bila si kecik uqail ada susah sikit nak buat.. asyik nak mengacau jer. Skrg ni plak sara sibuk suruh buat kata kawan dia ada order.. nak beli kata nyer. Aku selalu nyer tak sampai hati nak jual pada budak2 sekolah.. kesian dorang mana la ada duit. Kang klu beli camne la plak nak belanja nanti. Nak tak nak aku suruh sara bagi jer.
notajariku – nanti nak buat lagi craft felt ni.. bahan2 banyak lagi.